promo

Pengumuman

Gambar-gambar sepanjang Karnival Sukan Kolej 10, K10 Idol dan MTB telah dimuatkan dalam galeri web.

Sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan untuk Sukan University Asean pada 11-21 Dis 08, sila serahkan butiran diri anda kepada saudara Badrul Hisyam (no bilik 218).

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program English for Fun pada 22-24 Ogos 2008 bertempat di Dusun Eco Resort, sila serahkan butiran diri anda kepada saudara Fiqry (no bilik 613) sebelum 11 Ogos 2008.

Kepada semua alumni K10,

anda dijemput hadir ke program ini
seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 1.45 petang
Tempat : DP 2, Fakulti Kejuruteraan
Kehadiran anda amatlah dihargai

Sebarang maklumat lanjut, hubungi
Syafiq(Pengarah) - 0123434797
JEJAK ALUMNI K10 - PENUBUHAN KELAB ALUMNI

Takwim

<<  August 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
      1  2  3
  4  5  6  7  8  910
11121314151617
18
2728293031

Polls

Adakah merit terkumpul anda telah melebihi 10 mata?
 

Dalam talian

We have 16 guests online

Forum

Ruang Iklan

 

Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia!

Mula bertapak pada tanggal 1 April 1999, Kolej Sepuluh mula mengorak langkah ke hadapan sebagai sebuah kolej yang baru membangun di Universiti Putra Malaysia. Di bawah peneraju utama iaitu Dr. Marry Huang sebagai pengetua pertama, pelbagai inisiatif telah diambil bagi memastikan Kolej Sepuluh terus maju ke hadapan dari segi akademik mahupun ko-kurikulum setanding dengan kolej-kolej lain yang sedia ada.

Kolej Sepuluh juga memulakan perkhidmatannya dengan menempatkan mahasiswa dan mahasiswi tetapi keadaannya bertukar pada tahun 2002 dengan hanya membenarkan mahasiswa menetap di kolej ini. Kolej ini juga menempatkan mahasiswa yang majoritinya daripada fakulti kejuruteraan dan fakulti seni reka bentuk.

Hari ini, setelah hampir 10 tahun beroperasi, K10 telah berjaya membuktikan bahawa kolej yang hanya didiami oleh mahasiswa ini juga mampu bersaing dengan kolej-kolej lain dalam apa jua bidang sekalipun. Ini terbukti apabila K10 telah muncul sebagai juara keseluruhan 3 tahun berturut-turut di dalam sukan interkolej. Selain itu itu kejayaan K10 memperoleh anugerah Sanggar Genta selama 2 tahun berturut-turut juga dapat membuktikan bahawa mahasiswa juga juga mampu bergiat aktif di dalam kebudayaan. Selain bergiat aktif di dalam ko-kurikulum, pelajaran juga dititikberatkan di dalam setiap diri para mahasiswa. Ini terbukti apabila pelajar jurusan kejuruteraan dan seni bina juga mampu memperolehi PNG 4.0. Kejayaan demi kejayaan yang telah digapai oleh K10 telah memberikan kepercayaan kepada pihak pengurusan Universiti Putra Malaysia untuk menjadikan K10 sebagai kolej perintis untuk program wireless.

Harapan untuk hari esok supaya Kolej 10 mampu mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia umumnya dan nama kolej ini khususnya seantero dunia. Disamping itu juga, Kolej 10 berusaha untuk melahirkan modal insan yang unggul di kalangan mahasiswanya supaya mampu menjadi pelapis generasi bangsa yang akan datang.

 
Karnival Sukan Kolej 10 - Fasa 1 PDF Print E-mail
Saturday, 26 July 2008 02:53

Baru-baru ini, satu Sukan InterAras telah dilangsungkan. Sukan ini telah berlangsung pada 22-24 Julai 2008. Seperti sedia maklum, sukan ini dipertandingkan mengikut aras. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan pada Sukan InterAras Fasa 1 ini ialah carrom dan futsal. Setiap aras dikehendaki menghantar sebanyak 2 pasukan futsal dan 6 orang pemain carrom. Perlawanan futsal dan carrom dijalankan secara liga. Sambutan bagi Sukan InterAras ini sungguh amat mendapat sambutan dari segi penyertaan mahupun sokongan. Pada semester hadapan, lebih banyak sukan-sukan yang menarik akan dipertandingkan di dalam Sukan InterAras Fasa 2.

  

 
K10 Idol Final PDF Print E-mail
Saturday, 26 July 2008 02:46

Finalist-finalist K10 Idol 2008 :

      

   Wan Muhd Farhan (Johan)               Mohamad Hazizan (Kedua)               Muhammad Radzi (Ketiga)

      

   Muhammad Firdaus                         Mohammad Sobri                            Ahmad Farid

                              

                            Mohd Farhan                                  Mohd Firdaus

 
Perasmian Sukan Interkolej UPM 08/09 PDF Print E-mail
Friday, 18 July 2008 11:40

    

Sukan Interkolej UPM 08/09 telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia pada 16 Julai 2008 yang lalu bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia. Pada Perasmian tersebut telah diadakan Pertandingan Perbarisan oleh setiap kontinjen yang bertanding. Perbarisan bagi kontijen Kolej Sepuluh amat mengagumkan. Keseragamannya dan displin barisan kontijen tidak dapat dinafikan. Para peserta telah bertungkus lumus berlatih demi mejohani Pertandingan Perbarisan tersebut tetapi rezeki tidak menyebelahi Kolej Sepuluh apabila tewas di dalam pertandingan perbarisan ini. Semangat bagi kontijen Kolej Sepuluh tidak musnah begitu sahaja. Kekalahan tersebut akan ditebus didalam pertandingan sukan interkolej nanti. Oleh itu, kolej-kolej lain perlu berjaga-jaga dengan kebangkitan Kolej Sepuluh. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan pada fasa 1 sesi 08/09 ini ialah merentas kampus, olahraga, bola sepak, tenpin bowling, badminton, hoki, sepak takraw, bola jaring dan ragbi sentuh. Diharapkan penghuni Kolej Sepuluh akan mempertahankan Johan Sukan Keseluruhan Interkolej buat kali ke-4 berturut-turut.

Chaiyok2!!!!

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2
More Info